entry ni nak menceritakan betapa agungnya kasih seorang suami pada seorang isteri yang berumur 60an yang koma selepas terjatuh dari bilik air. isteri lelaki berbangsa india itu dimasukkan ke wad selama hampir 2minggu...sepanjang tempoh itu isteri nya hanya bergantung pada mesin sokongan hayat...
walaupun si isteri tidak sedarkan diri, si suami tidak sanggup meninggalkannya. kalau tinggal pun hanya sekejap. itupun kalau si suami, hendak makan, mandi atau tukar baju.

setiap pagi si suami akan mengelap dan membersihkan tubuh isterinya itu dengan kain lembap. setiap hari gak suami ni akan berbual2 dengan isterinya walaupun isterinya terbaring kaku seperti mayat.
setiap masa si suami tidak lekang daripada mengenggam erat tangan isterinya sambil membelai2 tangannya. si suami juga mengusap2 wajah isterinya dengan penuh kasih sayang.
sayang benar dia dengan isterinya...
suatu hari, doktor memberitahu isterinya telah meninggal dunia...
doktor perlu membuka mesin sokongan hayat yang digunakan isterinya...
apabila mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia, si suami terjerit2 seperti orang hilang ingatan...dia tidak percaya isterinya telah tiada...dia tetap menganggap isterinya masih hidup...
si suami bertanya pada doktor, berapa harga mesin sokongan hayat tu, dia mahu membelinya.
berapa saja harganya dia sanggup bayar, asalkan tiub oksigen tidak dicabut dari tubuh isterinya....
si suami berkeras tidak membenarkan mesin itu dicabut..suasana agak tegang seketika..
setelah dipujuk oleh doktor, barulah si suami dapat menerima kenyataan dan doktor pun mencabut mesin sokongan itu...
apabila mesin itu dicabut, si suami menangis tak henti2...
dia mencium dan memeluk isterinya semahu2nya...seperti tidak mahu berpisah..
sepanjang masa dia menangis dan menatap mayat wanita yang dicintainya itu...
apabila keadaan kembali tenang, doktor pun mula bertanya kisah hidup mereka, lalu,lelaki itu menceritakan betapa sayangnya dia pada isterinya itu..
semenjak mereka berkahwin, dia tidak pernah berpisah dengan isterinya..ke mana saja mereka sentiasa bersama...bangun pagi, dia akan mencium dahi isterinya...
bila lelaki ini bermasalah, si isteri akan memeluknya dan menenangkannya..segala masalah akan hilang bagai disapu angin bila isterinya disisi....
bagi dirinya, isterinya adalah nyawa dan dunianya...dia tidak boleh hidup sendirian tanpa isterinya..
doktor yang mendengar amat sedih dan sebak..kagum doktor itu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh suami isteri itu...
sebelum mesin sokongan hayat isterinya dibuka, lelaki itu sempat berkata-kata kepada doktor itu...dia mahu mati bersama2 isterinya...dia tidak mampu hidup bersendirian tanpa isterinya...
pada ketika itu, doktor menyangka kata-kata lelaki itu hanya sekadar untuk merawat hatinya yang sedih...
2minggu selepas itu, doktor itu menerima khabar..lelaki itu benar2 telah membunuh diri...dia telah membuat keputusan untuk meminum racun...
benarlah kata2 lelaki itu, dia sememangnya mahu mati bersama-sama isterinya kerana tidak sanggup hidup tanpa isterinya di sisi...


begitulah hebatnya kasih seorang suami......kepada yang dah bersuami...sesungguhnya syurga isteri di bawah tapak kaki suami...sayangilah suami...jgn notty2 k...tapi jangan la sampai bunuh diri if suami kita 'pergi' dahulu....insyaAllah, if amalan kita cukup, apabila di akhirat kelak, Allah akan pertemukan kembali pasangan hidup kita di dunia nanti semasa di syurga...aminnnn.....


chiioooowww......



6 meoowwww:

komen dr ku..

smoga cinta kt mmbw k syurga,amin...

aminnnn..i'Allah...cop2,...cinta kita?x mo la mek...haha...aku bukan les...gegegege..jgn mara..aku geget bulu mata ko nti..hehe

doc zue cuba mmbuat lawak yg aku sndri xmmpu nk gelak (bius xabis lg)..cinta aku hnya utk amart..ulang tayang ek,bkn ali atau abu tp AMART @ PAPA HY ok...r u clear dear??if not trpksa aku bg chnce ko geget bulu mata joe!!miahahaha...

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.

comment ape yg ko delete tu Zue?-dallies